Teratai Mewah??? Tak tau Teratai Mewah dekat mana? Uptown Danau Kota lu tau?? Tau pulak, tapi Teratai Mewah tak tau... Sepak kang... Semua jenis manusia ada kat Teratai Mewah, dari penjenayah pro, penjenayah kurang pro, tabligh, taik2 clubbing, Afrose, Anandur, studio jamming yang paling best (Double Neck), awek2 yang baru nak "up", bebudak PEKIDA 3 LINE yang poyo2, abg2 May, bebudak Flop Poppy, Joe Wings, bebudak Kristal, Bienda dan Ibunya Sheeda, brader terpijak taik anjing pastu tandas tersumbat masa samak, brader kene langgar moto apek, Man Karak skaters tersohor yang kejap2 metal kejap2 Cikanos (kawan baek Raden "Masjoko" Shah, dan perlbagai jenis manusia jadi jadian... Dari situlah munculnya kawanan Kultus Haram Teratai Hitam yang datang dari pelbagai background. Yang kuat agama, nerd, junkies, bikers drunken master, metal tepu, hardcore kids, punk rock wannabe, yang belaja sampai rabun mata, kaki clubbing, mamat emo rambut senget, semua ada... Kat Teratai Mewah ni jugak la banyak band2 musik pelbagai Genre dari Kultusan2 yang selalu menghuru harakan studio Abg Yeop Double Neck dengan perangai tak senonoh masing2. Kalau stok wa yang punya studio memang wa dah terajang sekor2. Tapi Abg Yeop memang cool jamming terlebey setengah jam pun takpe.. Hehehe.. Kat sini wa lampirkan gamba2 bebudak band yang tak berapa nak terer sangat tuh...
JASON VORHESS (FAST OLD SCHOOL HARDCORE)
Band ni tak R.I.P tak dah kurang aktif selepas awrah Panjang pergi dan Kadak berkawin beranak dua...


line up sekang ada ngan Monochrome, Emosa Pendosa dan Lovesick Avenue





ME AND THE JEZZY HONEY (POST HARDCORE) R.I.P
nama band cam gamp, tapi tak gi mana pun...
band ni pakai dulu nama Komplot sbelum Komplot band Indie tu wujud..





perghhh .... ini baru betul betul nostalgia hardcore beb ..
ReplyDelete