Thursday, April 16, 2009

R.I.P 1984 - 2005

" Bob, jom gi gig RAMBO!!!..."

"..aku takde duit ah..."

"... takpe bob, aku bawak ko ..." kata Panjang merujuk untuk menumpangkan Bob yang beratnya 100++kg dengan moto Kriss nye...

Itulah kesanggupan seorang sahabat, seorang Abang (Apeng selalu cakap nih) dan seorang bassist Jason Vorhees yang paling best. Tapi kini beliau sudah tidak bersama2 kami lagi kerna beliau sudah bersama2 Nya di sana. 24 Julai 2009 ini genap pemergian beliau selama 4 tahun. Khairul Effandy @ Panjang kami senantiasa merinduimu. 1984 - 2005 with love...

Kultusan!!! Bila nak konvoi gi Raub ni ziarah kubur arwah???


Fisrt perfomance 2005 arwah dan Jason Vorhess dekat Paul's Place

Arwah dengan Apeng memang jarang berenggang. Apeng memang manja dengan arwah...

No comments:

Post a Comment