Friday, April 17, 2009

memori pergi gig blue planet 2003

Pokcik, Fadhil, Faisal, Hadi

Masa ni nak pergi gig kat Blue Planet. Masa tu dijangka band Aghast main. Sekali diorang tak turun. Aku begitu bergaya dengan baju band InsideOut. Original pulak tu. Revelation Records beb. Walaupun ketat sikit..

Tapi, baju tu pun dah hilang mana ntah. Hilang masa akupindah rumah... sedey..

Thursday, April 16, 2009

Mamat Emo Rambut Senget...

Sweet Tak Gua masa muda2??? Kakakaka... (Macam Penageh!!!)

Ajay suka makan Roti Canai ngan Susu Pekat!!!

Ni lagi satu aku nak post flyers gig salah seorang Kultusan yang tengah Hot sekang nih... Iaitu Abe Ajay dengan band nyer Monochrome...

Kugiran Kultusan

Teratai Mewah??? Tak tau Teratai Mewah dekat mana? Uptown Danau Kota lu tau?? Tau pulak, tapi Teratai Mewah tak tau... Sepak kang... Semua jenis manusia ada kat Teratai Mewah, dari penjenayah pro, penjenayah kurang pro, tabligh, taik2 clubbing, Afrose, Anandur, studio jamming yang paling best (Double Neck), awek2 yang baru nak "up", bebudak PEKIDA 3 LINE yang poyo2, abg2 May, bebudak Flop Poppy, Joe Wings, bebudak Kristal, Bienda dan Ibunya Sheeda, brader terpijak taik anjing pastu tandas tersumbat masa samak, brader kene langgar moto apek, Man Karak skaters tersohor yang kejap2 metal kejap2 Cikanos (kawan baek Raden "Masjoko" Shah, dan perlbagai jenis manusia jadi jadian... Dari situlah munculnya kawanan Kultus Haram Teratai Hitam yang datang dari pelbagai background. Yang kuat agama, nerd, junkies, bikers drunken master, metal tepu, hardcore kids, punk rock wannabe, yang belaja sampai rabun mata, kaki clubbing, mamat emo rambut senget, semua ada... Kat Teratai Mewah ni jugak la banyak band2 musik pelbagai Genre dari Kultusan2 yang selalu menghuru harakan studio Abg Yeop Double Neck dengan perangai tak senonoh masing2. Kalau stok wa yang punya studio memang wa dah terajang sekor2. Tapi Abg Yeop memang cool jamming terlebey setengah jam pun takpe.. Hehehe.. Kat sini wa lampirkan gamba2 bebudak band yang tak berapa nak terer sangat tuh...

JASON VORHESS (FAST OLD SCHOOL HARDCORE)
Band ni tak R.I.P tak dah kurang aktif selepas awrah Panjang pergi dan Kadak berkawin beranak dua...

ANOTHER SECRET (METALLIC HARDCORE) R.I.P
line up sekang ada ngan Monochrome, Emosa Pendosa dan Lovesick Avenue



ME AND THE JEZZY HONEY (POST HARDCORE) R.I.P
nama band cam gamp, tapi tak gi mana pun...
KOMPLOT (GRIND CORE TEPU)
band ni pakai dulu nama Komplot sbelum Komplot band Indie tu wujud..
Ada 2 -3 lagi band tapi just band2 kecil kecilan sahaja... So far enjoy main musik dengan diorang...

R.I.P 1984 - 2005

" Bob, jom gi gig RAMBO!!!..."

"..aku takde duit ah..."

"... takpe bob, aku bawak ko ..." kata Panjang merujuk untuk menumpangkan Bob yang beratnya 100++kg dengan moto Kriss nye...

Itulah kesanggupan seorang sahabat, seorang Abang (Apeng selalu cakap nih) dan seorang bassist Jason Vorhees yang paling best. Tapi kini beliau sudah tidak bersama2 kami lagi kerna beliau sudah bersama2 Nya di sana. 24 Julai 2009 ini genap pemergian beliau selama 4 tahun. Khairul Effandy @ Panjang kami senantiasa merinduimu. 1984 - 2005 with love...

Kultusan!!! Bila nak konvoi gi Raub ni ziarah kubur arwah???


Fisrt perfomance 2005 arwah dan Jason Vorhess dekat Paul's Place

Arwah dengan Apeng memang jarang berenggang. Apeng memang manja dengan arwah...

Apeng Memang Main Gitar Lari Tempo!!!!

Wa belum ada ide lagi nak canang2 mende2 dalam blog ni atau nak post apa2 gambo. Tapi wa sangat berbesar hati nak post flyers gig salah sorang Kultusan/Ahli Majlis Tertingi 17-10-19 Crew iaitu En Apeng dengan bandnya Lovesick Avenue. Sumpah dulu mamat ni main gitar cam gamp, tempo tak penah ada... Sekang dia sound wa balik main drum tak ikut tempo. Sebab sekang dia suda jadik artis besar... Lu tak pegi lu punya pasal, wa pun tak tau lagi pegi ke dak..


Ni la Apeng.. Hensem tak? (Dulu Bob memag Gay, sekang dia up sikit Bisex) Wa sayang kat lu Peng... (bila nak tolong arrange show Emosa woi?)



Mursyidul Am Kultus Haram Teratai Hitam


Banyak cerita takde. Kata ni tempat semua pesara-pesara KHTH kongsi gambar muda-muda. Sebagai pemula carik pasal, ni aku taruk gambar Mursyidul Am Kadak. Gambar ni masa dia belum lagi kawin.. belum keje tetap.. belum beranak dua. Hensem kan? tengok la sudut dagu dia tu... konon-konon jejaka.. hahahaha!
Assalamualaikum w.b.t...

kepada rakan-rakanku yg lama, terima kasih atas usahamu semua utk membuat ini semua menjadi realiti... akhirnya tercetus sudah satu ide blog yg sungguh mengkagumkan ini..

disini aku selitkan sedikit sebanyak gambar-gambar lama kita sewaktu muda dahulu... oh, sungguh ku rindu saat itu...