Monday, May 18, 2009

Skandal atau pakatan rahsia?


Gua syak Ketua Pengarah Strategi ngan Ketua Pesuruhjaya Belia Dan Sukan ada pakatan sulit. Mungkin nak slonglap duit kultusan. Mungkin sekadar khabar angin. Tapi takpe la, jangan ada hubungan sulit sudah. Gua hantam sekor sekor. Dengar cerita nanti nak ada acara karaoke Kultusan. Apa cerita Paan? Jangan hang karaoke berdua dengan Cicak dalam kereta sudah. Memang carik nahas

Tuesday, May 5, 2009

Ketua Pengarah Strategi KHTH


Hidayat, atau nama timang-timangannya Cicak, merupakan Ketua Pengarah Strategi KHTH yang rajin dan berdisiplin. Gambar ini diambil pada tahun 2004, ketika Fadhil gian untuk berjamming. Lalu mengajak saya dan Cicak. Fadhil yang memang terer main gitar, saya main bass dan Cicak main Drum.

Ketika ini Cicak masih lagi belum bertunang, berambut panjang, rambut rebonding karat dan rosak siap berkelumumur. Hari-hari beliau akan memakai t-shirt band=band grindcore atau brutal death.

Ketika ini juga, Cicak masih belum berkenderaan, masih rajin berjalan kaki dan membawa Emy gemuk jalan-jalan. Oh, terlupa pula. Ketika ini juga beliau masih bekerja sambilan menjual nasi lemak untuk Pakcik Paku yang kemudiannya cuba merenggut kesucian dan keterunaan Cicak.

Sampai ke hari ini, Cicak masih lari dari Pakcik Paku.

Ketua Pesuruhjaya Belia dan Sukan KHTH


Ketua Pesuruhjaya Belia dan Sukan KHTH, Faidhan. Atau lebih dikenali dengan nama manjannya, Pa'an. Pada mereka yang selalu dimanjakannya pula memanggil beliau Pa'an Mat Sentol. Beliau memang bertanggungjawab dalam menjadi wakil bagi KHTH dalam aktiviti-aktiviti belia dan sukan.

Kenapa beliau begitu aktif? Macam-macam jawapan yang boleh dispekulasikan. Ada yang kata beliau nak mencari makwe. Ada yang kata beliau nak kerja kerajaan. Ada yang kata beliau memang suka berbelia dan bersukan. Ada juga yan jahat mengatakan Pa'an ini gila. Mana satu yang betul?

Gambar ini diambil pada tahun 2004. Betul-betul ketika beliau sedang enak mengayat gadis mentah yang tidak tahu apa-apa. Pa'an memang biasa terjelir-jelir lidah penuh nafsu walaupun hanya dapat nombor telefon. Mata beliau akan terbuntang selama 4 hari dan dengusan beliau akan menjadi kencang jika gadis itu bersuara.

Dengar cerita, beliau sudah berubah sekarang... Bagaimana aksi beliau yang terkini? Ayuh kita nantikan bersama