Monday, April 27, 2009

Setiausaha Agung KHTH


Gambar Daus, Setiausaha Agung KHTH, atau nama manjanya Fir. Gambar ini pada tujuan asalnya untuk dihantar ke ruangan mari berkenalan di sebuah majalah hiburan kedua terkenal tanah air. Beliau penat prektis berhari-hari bagi mendapat struktur pose yang paling mengancam. Mengancam tak ni? Ketika ini Daus masih lagi belajar di IIC, masih belum bermisai, apatah lagi berjanggut. Sekarang pun Daus ada janggut 4 helai je. Masa ini Daus masih belum dilantik menjadi setiausaha. Beliau kuat melobi dan menggunakan taktik kotor supaya mendapat jawatannya sekarang. "Nanti ramai awek" Kata beliau. Moto hidup beliau, "Biar takde duit, jangan takde cinta"

Friday, April 24, 2009

Timbalan Mursyidul AM KHTH


Gua dah tak tau nak cakap apa lagi dah. Ini ke kepimpinan yang kita mau?? Cakap kang merajuk, umur lagi 3 angka nak masuk 30 an... KULTUSAN, pemilihan kepimpinan dalam meeting agung akan datang gua suggest lu all vote gua.. Gua akan try turunkan yuran tahunan... Tima kasih..


Thursday, April 23, 2009

Bendahari Agung KHTH 2003 masa masih kurus dan tak berjambang.


Gambar ni Amir, Bendahari Agung KHTH sedang cuba memperdaya gadis-gadis rumah sebelah. Untuk apa? Kurang periksa. Amir masa ni masih kurus, tak berjambang, dan tak berpunya. Ke, berpunya tapi masih menggatal. Gambar ni tahun 2003 rasanya. Awek seluar askar tu macam best je? Apa nama dia ek? Aku lupa laa.. ha ha ha!

Tuesday, April 21, 2009

Jelajahan Kultusan Melaka VOL. II (Bachelor Party)

"...ponteng kerja ini Isnin?? Berani??.."

"......." wa tak menjawab

wa buat satu call ptg Ahad hari tu.


*********************


"..malam ni on!! kita ke Melaka terus!!!.." beritahu wa kepada Exco Penerangan dan Pelancongan KHTH Amir Dadah dan Timbalan Mursyidul Am KHTH Bob.

Amir mengambil kesempatan merayau ke Melaka di atas faktor konon2 bujang, Bob pulak sebab dia dah abis siap projek dan wa??? Wa cuba nak menenangkan hati dan cuba membawa diri sebentar dari kesemakan. Wa nak buang EMO jauh2!! Kakaka... Lagu anthem kitorang untuk trip kali ini adalah Fall for You dari Secondhand Serenade (BARBIQ!!! Emo jugak lagu nyer...). Jelajahan kali ini tidak menetapkan mana2 spesifik destinasi untuk dilawati. Hantam saja la... Sebelum bertolak wa gerak Pertama untuk sambar satu kamera digital. Wa sambar Sony Cybershot satu. Pun wa hantam jugak belik.. Yang penting wa nak gi Melaka wa nak buang EMO jauh2 dalam itu perigi Hang Tuah...

Destinasi pertama kitorang malam Ahad tu adalah rumah mursyidul Am KHTH iaitu En Kadak di Seremban. Sampai kul 1230mlm... Kitorang lepak2 kat kedai makan depan Tmn Perumahan dia..




Gambar terbaru Mursyidul Am setelah beranak dua. Amacam?? Rock tak??

Tepat jam 4 pagi kami menyambung perjalanan ke MMU Melaka untuk tidoq!! Letih siot... Mata wa dah longlai.. Dah kete la MyVi Amir tak leh nak henjut 180km/s, lagi la mata wa longlai.







Sampai MMU, lepas Subuh kitorang tak mengagak tidoq. Pukul 2ptg baru nak bangun. Siap2 Amir nak gi setel fees studies ngan MMU dulu pastu baru gi rambu ramba. Destinasi lepas tu kitorang nak gi makan, gi carik Asam Pedas, punya la banyak kedai Asam Pedas tapi bapak satu pun tak bukak. Ada ke bukak kedai Asam Pedas malam2. Tak rockin langsung.










Kitorang memang tak plan destinasi tapi kitorang sudah mewajibkan satu destinasi mesti pergi. Pantai!!! Cadang nak gi Pantai Dalam, tapi tu kat KL bukan kat Melaka. So, kitorang decide gi Pantai Kundur. Fuck on the beach bebeh...












Gambar paling lucah untuk trip kali ini....





Setelah berpenat lelah bermain pasir dan mengambik gambo ntah apa2. Kitorang berangkat ke destinasi wajib kedua, Dataran Pahlawan dan A' Famosa. Wa dah letey time ni. Tapi wa buat2 maintain. Mana kacip ngan baju Hardcore Selamanya kalau letey.












Dataran Pahlawan dan A'Famosa adalah destinasi rambu ramba yang terakhir kami. Seterus nya Amir mencadangkan makan dekat Pak Putra, Amir cakap roti nan kat situ mantop2. Sebelum ke Pak Putra kami singgah sebentar di Po.... Oppss... Lokasi ini terpaksa dirahsiakan, tak boleh cakap nanti timbul spekulasi dan gosip2 liar. Lepas lokasi rahsia ni kami terus ke Pak Putra.. Boleh tahan gak la roti nan dia..





Lengan wa yang seksi.. Hahaha....


Dan last sekali kitorang balik MMU balik untuk amik barang2 kitorang dan loading itu Amir punya kawan En Nas. Wa dah penat tahap gaban, selamat Amir nak drive balik. Dah la wa keje pagi esoknya. Kitorang gerak dari Melaka kul 12 mlm dan sampai KL tepat jam 2 pagi. Tima kasih bebudak MMU sebab bagi 3 setan tumpang tidoq!! Tapi apsal wa still EMO ah bila sampai KL?? Cilakak!!!





Man of the Trip: sapa lagi, wa la... sebab wa banyak drive!!! setuju??